Friday, 13 March 2015
Wednesday, 11 March 2015
Pengenalan Ilmu Qiraat
Ilmu Qiraat boleh didefinisikan dari segi bahasa dan istilah,
Bahagian
Pertama : Khilaf Wajib
Ilmu qiraat juga menjelaskan cara bacaan yang kita amalkan pada hari ini iaitu menurut riwayat Hafs bin Sulayman Al-Kufi. Ini bermakna, ilmu tajwid yang kita pelajari selama ini merupakan sebahagian daripada ilmu qiraat. Secara ringkasnya, dengan mempelajari ilmu qiraat, kita akan mampu mengetahui susur galur bacaan yang kita amalkan pada hari ini serta mengetahui perbezaan bacaan yang ada dalam kalangan imam-imam qiraat.
Secara umumnya, ilmu qiraat boleh dibahagikan kepada dua bahagian.
Pertama: Ilmu Qiraat Dirayah
Ilmu ini lebih menjurus kepada penjelasan definisi-definisi yang terdapat di dalam ilmu qiraat seperti definisi qiraat dan ilmu qiraat, definisi qari' dan muqri', definisi riwayat, turuq dan sebagainya. Ia juga membahaskan sejarah perkembangan ilmu qiraat, rukun dan syarat sah qiraat, dalil-dalil yang menjelaskan kewujudan ilmu qiraat, pengenalan terhadap imam-imam qiraat mutwatirah dan syazzah, serta pelbagai lagi.
Kedua: Ilmu Qiraat Riwayah
Ilmu ini pula lebih menjurus kepada penerangan terhadap perbezaan bacaan yang terdapat di dalam al-Quran. Melalui ilmu ini, kita akan menyedari bahawa terdapat pelbagai bacaan yang berbeza dengan bacaan yang kita praktikkan selama ini. Perbezaan bacaan ini pula terdiri kepada dua jenis.
a) Usul al-Qiraat:
Iaitu cara bacaan khusus bagi imam-imam qiraat yang dibaca dengan kaedah tertentu pada tempat bacaan yang sama secara tetap.
Contohnya: Ada riwayat yang membaca Mad Jaiz Munfasil dengan kadar dua harakat (secara qasar). Justeru, bacaan dengan riwayat ini akan menetapkan bacaan dengan kadar dua harakat sahaja setiap kali membaca Mad Jaiz Munfasil pada keseluruhan tempat di dalam al-Quran. Begitulah juga seterusnya sekiranya ada riwayat yang membaca dengan kadar enam harakat (secara ishba') pada Mad Wajib Muttasil, maka riwayat ini akan sentiasa membaca dengan kadar enam harakat setiap kali bertemu dengan Mad Wajib Muttasil.
b) Farsh al-Huruf
Iaitu perubahan bacaan yang berlaku pada kalimah-kalimah yang khusus sahaja.
Contohnya bacaan pada kalimah 'maliki' di dalam Surah al-Fatihah, terdapat riwayat yang membaca pada suku kata 'ma' dengan kadar satu harakat iaitu 'maliki'. Manakala terdapat pula riwayat lain yang membaca suku kata tersebut dengan kadar dua harakat iaitu 'maaliki'. (Bacaan daripada riwayat ini yang kita praktikkan).
Namun ia bukanlah suatu yang tetap di mana suatu riwayat itu mesti membaca dengan kadar yang sama setiap kali bertemu dengan kalimah 'maliki' di dalam al-Quran. Contohnya dalam bacaan kita di dalam Surah al-Nas pada ayat 'malikinnas'. Kita membaca suku kata 'ma' dengan kadar satu harakat sahaja, bukan dengan kadar dua harakat.
Mengapa? Kerana ia tidak termasuk dalam bahagian usul al-Qiraat, sebaliknya pada bahagian Farsh al-Huruf. Walaubagaimanapun, tidak dinafikan bahawa terdapat juga bacaan yang dibacakan secara tetap dari permulaan al-Quran hingga ke akhirnya berdasarkan kepada pengecualian tertentu yang akan saya perincikan di dalam entri Farsh al-Huruf.
Sekian sahaja buat kali, insya Allah saya akan jelaskan ilmu qiraat di dalam entri-entri yang berikutnya. Segala respon, komen dan sebagainya amat digalakkan agar dapat saya perbaiki kesilapan yang ada dalam coretan saya. Wallahu a'lam.
Bahasa:
Ilmu
Qiraat berasal daripada perkataan Bahasa Arab bersifat jamak bermaksud
bacaan.
Istilah:
Ialah
satu ilmu tentang cara melafazkan kalimah ayat Al-Quran serta pelaksanaannya
dengan menisbahkan setiap bacaan kepada seorang Imam Ilmu Qiraat.
Fokus
utama:
Menekuni
kalimah-kalimah Quraniyyah dari segi cara pelaksanaannya seperti panjang
atau pendek hukum tajwid, hukum izhar dan idgham.
Faedah
Ilmu Qiraat:
Memelihara
dan menyelamatkan seseorang daripada kesalahan dalam membaca
Al-Quran
serta mengetahui setiap bacaan para Imam Qiraat dan mampu membezakan setiap
bacaan mereka.
Kelebihan
Ilmu Qiraat:
Termasuk
dalam sebaik-baik ilmu untuk dipelajari kerana berkait rapat dengan Kalam
Illahi. Kemuliaan ilmu ini adalah kerana mulianya Al-Quran.
Pengumpulan
Ilmu Qiraat:
Dikumpul
oleh Imam-imam Qiraat dan diriwayatkan bahawa orang pertama yang
mengumpulkannya ialah Imam Abu Umar Hafs bin Umar ad-Duri.
Pembukuan
Ilmu Qiraat:
Orang
pertama melakukan hal ini ialah Abu Ubaid al Qaasim bin Salam
(wafat
224 H).
Sumber
pengambilan:
Melalui
riwayat-riwayat yang sahih dan mutawatir daripada Imam Qiraat sehingga bertemu
sanad dengan baginda Rasulullah SAW.
Hukum
mempelajari:
Fardu
kifayah
Khilaf
atau perbezaan di sisi ulama qurra terbahagi kepada dua bahagian :
1.
Khilaf wajib
2.
Khilaf jaiz (harus)
Ialah
perbezaan pada
(a)
Ilmu Qiraat (bacaan)
·
Setiap bacaan ini disandarkan kepada
Imam contohnya Ilmu Qiraat Imam Nafi', Ilmu Qiraat Imam Hamzah ,Ilmu Qiraat
Imam A'sim .
(b)
Riwayat
·
Bermaksud sesuatu yang disandarkan
kepada orang yang mengambil bacaan daripada imam Qirrat sekalipun dengan
perantaraan orang lain contohnya di sebut riwayat Warsh. Maka Warsh boleh
disebut sebagai perawi.
(c)
Thuruq
·
Thuruq dalam kaedah ilmu Ilmu Qiraat
ialah perawi kepada perawi sebagai contoh thuruq Azraq. Beliau ialah perawi
kepada Warsh.
Bahagian
kedua: Khilaf Jaiz (harus)
Iaitu
perbezaan para qurra dalam memilih bentuk bacaan seumpama bacaan
isti'azah, bacaan basmalah antara dua surah, memilih untuk berhenti secara
sukun, raum atau isymam, memilih bacaan dengan kadar panjang (ishba') 6 harakat,
tawassut (pertengahan) 4 harakat atau qasr (pendek) 2 harakat.
Senarai Imam Qiraat dan Perawi
1. Imam
Nafi' al-Madani
·
Imam Qalun
·
Imam Warsh
2. Imam
Ibn Kathir al-Makki
·
Imam Bazzi
·
Imam Qunbul
3. Imam
Abu 'Amru
·
Imam ad-Duri
·
Imam as-Susi
4. Imam
Abdullah ibn 'Amir
·
Imam Hisham
·
Imam Ibn Zakwan
5. Imam
Asim al-Kufi
·
Imam Syukbah
·
Imam Hafs
6. Imam
Hamzah al-Kufi
·
Imam Khalaf
·
Imam Khallad
7. Imam
Kisaie al-Kufi
·
Imam Abul Harith
·
Imam Ad-Duri
8. Imam Abu Jaafar al-Madani
·
Imam Ibn Wardan
·
Imam Ibn Jammaz
9. Imam
Yaakub al-Hadhrami
·
Imam Ruwais
·
Imam Rauh
10. Imam
Khalaf al-A'syir
·
Imam Ishak
·
Imam Idris
Ilmu
qiraat merupakan salah satu daripada ilmu yang terdapat di dalam ulum al-Quran.
Ia membicarakan cara-cara bacaan al-Quran menurut imam-imam qiraat. Daripada
ilmu inilah lahirnya ungkapan yang biasa kita dengar seperti qiraat tujuh,
qiraat sepuluh, qiraat empat belas dan sebagainya.
Ilmu qiraat juga menjelaskan cara bacaan yang kita amalkan pada hari ini iaitu menurut riwayat Hafs bin Sulayman Al-Kufi. Ini bermakna, ilmu tajwid yang kita pelajari selama ini merupakan sebahagian daripada ilmu qiraat. Secara ringkasnya, dengan mempelajari ilmu qiraat, kita akan mampu mengetahui susur galur bacaan yang kita amalkan pada hari ini serta mengetahui perbezaan bacaan yang ada dalam kalangan imam-imam qiraat.
Secara umumnya, ilmu qiraat boleh dibahagikan kepada dua bahagian.
Pertama: Ilmu Qiraat Dirayah
Ilmu ini lebih menjurus kepada penjelasan definisi-definisi yang terdapat di dalam ilmu qiraat seperti definisi qiraat dan ilmu qiraat, definisi qari' dan muqri', definisi riwayat, turuq dan sebagainya. Ia juga membahaskan sejarah perkembangan ilmu qiraat, rukun dan syarat sah qiraat, dalil-dalil yang menjelaskan kewujudan ilmu qiraat, pengenalan terhadap imam-imam qiraat mutwatirah dan syazzah, serta pelbagai lagi.
Kedua: Ilmu Qiraat Riwayah
Ilmu ini pula lebih menjurus kepada penerangan terhadap perbezaan bacaan yang terdapat di dalam al-Quran. Melalui ilmu ini, kita akan menyedari bahawa terdapat pelbagai bacaan yang berbeza dengan bacaan yang kita praktikkan selama ini. Perbezaan bacaan ini pula terdiri kepada dua jenis.
a) Usul al-Qiraat:
Iaitu cara bacaan khusus bagi imam-imam qiraat yang dibaca dengan kaedah tertentu pada tempat bacaan yang sama secara tetap.
Contohnya: Ada riwayat yang membaca Mad Jaiz Munfasil dengan kadar dua harakat (secara qasar). Justeru, bacaan dengan riwayat ini akan menetapkan bacaan dengan kadar dua harakat sahaja setiap kali membaca Mad Jaiz Munfasil pada keseluruhan tempat di dalam al-Quran. Begitulah juga seterusnya sekiranya ada riwayat yang membaca dengan kadar enam harakat (secara ishba') pada Mad Wajib Muttasil, maka riwayat ini akan sentiasa membaca dengan kadar enam harakat setiap kali bertemu dengan Mad Wajib Muttasil.
b) Farsh al-Huruf
Iaitu perubahan bacaan yang berlaku pada kalimah-kalimah yang khusus sahaja.
Contohnya bacaan pada kalimah 'maliki' di dalam Surah al-Fatihah, terdapat riwayat yang membaca pada suku kata 'ma' dengan kadar satu harakat iaitu 'maliki'. Manakala terdapat pula riwayat lain yang membaca suku kata tersebut dengan kadar dua harakat iaitu 'maaliki'. (Bacaan daripada riwayat ini yang kita praktikkan).
Namun ia bukanlah suatu yang tetap di mana suatu riwayat itu mesti membaca dengan kadar yang sama setiap kali bertemu dengan kalimah 'maliki' di dalam al-Quran. Contohnya dalam bacaan kita di dalam Surah al-Nas pada ayat 'malikinnas'. Kita membaca suku kata 'ma' dengan kadar satu harakat sahaja, bukan dengan kadar dua harakat.
Mengapa? Kerana ia tidak termasuk dalam bahagian usul al-Qiraat, sebaliknya pada bahagian Farsh al-Huruf. Walaubagaimanapun, tidak dinafikan bahawa terdapat juga bacaan yang dibacakan secara tetap dari permulaan al-Quran hingga ke akhirnya berdasarkan kepada pengecualian tertentu yang akan saya perincikan di dalam entri Farsh al-Huruf.
Sekian sahaja buat kali, insya Allah saya akan jelaskan ilmu qiraat di dalam entri-entri yang berikutnya. Segala respon, komen dan sebagainya amat digalakkan agar dapat saya perbaiki kesilapan yang ada dalam coretan saya. Wallahu a'lam.
Subscribe to:
Comments (Atom)